Kempen Internet Selamat : Jejak Digital - Jejakmu Di Alam Maya, Kekal Selamanya!
17 November 2025 | Aktiviti TerkiniSelaras dengan Program Perkhidmatan Pintar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC) terhadap NADI seluruh Malaysia. NADI x Kempen Internet Selamat merupakan salah satu program yang berada dibawah cabang perkhidmatan pintar ini. Oleh itu, webinar Kempen Internet Selamat (Jejak Digital : Jejakmu di Alam Maya Kekal Selamanya) ini berlangsung dengan jayanya. Webinar ini telah berlangsung dari jam 2:00 Petang hingga 3:00 Petang dengan kehadiran seramai 3 orang peserta terdiri daripada pelajar berumur 7 tahun hingga 12 tahun.
Objektif webinar ini diadakan untuk mengajar peserta tentang apa itu jejak digital dan kesan-kesannya. Selain itu, para pelajar juga dapat memahami akan bahaya jika jejak digital mereka disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Diharapkan webinar seperti ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar yang terlibat dan mengharapkan lebih banyak aktiviti ilmu diadakan bersama mereka kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: